Membawang Hari Ini

Isu Dengan Caprice Dah Selesai: UNIC

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid, UNIC, menganggap isu ketiadaan Caprice dalam rangka promosi single duet mereka berjudul Sedar sudah selesai.

Menghormati kesibukan penyanyi rap berkenaan, kumpulan terbabit akan meneruskan aktiviti promosi lagu ciptaan Ayden Ali, Ikhwan Fatanna, Caprice dan Aman Ra itu untuk tidak menghampakan peminat.

“Kami memang tidak berdepan apa-apa masalah sejak awal proses rakaman hendak dilakukan. Cuma, bagi aktiviti promosi lagu ini, dia tidak dapat turut serta.

“Begitupun, UNIC tetap menghormati apa juga alasannya apabila dia tidak dapat bersama-sama menjayakan aktiviti promosi. Kami juga anggap isu ini sudah selesai.

“Pastinya Caprice ada alasan tersendiri dan kami pula menganggap kesibukan mungkin menghalang dirinya daripada berbuat demikian,” kata anggota kumpulan itu, Fakhrul, ketika ditemui pada sidang media program Gema Gegar Vaganza musim kedua, di sini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Fakhrul turut memberitahu, sehingga kini mereka belum dapat berjumpa dengan penyanyi rap terbabit.

“Selepas menjayakan promosi di sebuah stesen radio, baru-baru ini, kami belum lagi bertemu dengannya. Pada masa sama, penganjur sebuah acara anugerah ada menawarkan kami peluang beraksi bersama-sama.

“Di pihak kami, memang tiada sebarang masalah untuk menjayakan acara berkenaan. Namun saya katakan pada pihak produksi terbabit, ia perlu juga ditanya kepada Caprice kerana kami memang menghormati kesibukan dirinya,” katanya.

Menurut Fakhrul, UNIC sudah pun membuat pelaburan terbaik menerusi single itu, justeru aktiviti memperkenalkannya kepada peminat akan diteruskan walaupun bersendirian.

Selain Fakhrul atau nama penuhnya Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin, kumpulan yang popular dengan lagu Ainul Mardhiah itu turut dianggotai oleh Bazli Hazwan Che Osman dan Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");