Berita Hari Ini

Isu Mat Bangla: Memang ‘Kerja’ Rakyat Tempatan!

SHAH ALAM- Jabatan Imigresen Malaysia tidak menolak kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa ada rakyat tempatan yang menjadi dalang dalam isu warga Bangladesh menjalankan aktiviti perniagaan barang tiruan di Sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sekitar kawasan perniagaan berkenaan sudah beberapa kali diserbu oleh pihak berwajib namun ia dilihat masih berleluasa.

“Kita pernah serbu beberapa kali dan harap kes reda, tetapi keadaan sebaliknya kerana ada dalang warga tempatan dipercayai memberi sewa kepada warga asing ini”, katanya ketika dihubungi Sinar Harian sekali gus mengulas laporan sebelum ini berhubung isu warga Bangladesh menjalankan aktiviti perniagaan barang tiruan di sekitar Bukit Bintang.

Sementara itu Mustafar berkata, menyalahgunakan permit kerja antara kesalahan turut dikesan pihaknya berhubung kes berkenaan.

“Bagaimanapun kita sentiasa menjalankan operasi bersepadu secara berterusan bersama agensi-agensi penguat kuasa lain.

“Sekiranya kesalahan dikesan menjurus kesalahan melibatkan Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen seperti tiada permit, salah guna pas lawasan, tiada dokumen atau tinggal lebih masa, kita akan terus ambil tindakan,” katanya.

Pada masa sama tambah beliau, pihaknya tidak berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dengan megambil tindakan undang-undang serta membuat pengusiran.

Dalam pada itu, Mustafar turut mendedahkan kira-kira seramai 12,000 warga asing ditangkap di seluruh Malaysia sejak Januari lalu hingga Februari.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");