Isu Panas

Isu Peruntukan : Azmin Perlekeh Tuntutan 13 ADUN Pas

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak berminat untuk menyelesaikan isu peruntukan tahunan 13 wakil rakyat Pas yang disekat kerajaan negeri sejak awal tahun ini.

Walaupun Pas Selangor telah mengemukakan isu berkenaan untuk perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 12 Mac lalu, namun Mohamed Azmin masih enggan memberikan sebarang jawapan sama ada akan menyalur semula peruntukan tersebut kepada kesemua wakil rakyat parti itu di negeri ini.

Sebaliknya, Mohamed Azmin seakan-akan memperlekehkan tuntutan 13 wakil rakyat Pas terbabit apabila beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang aduan daripada Pas mengenai isu peruntukan berkenaan.

“Dia (Pas Selangor) mengadu pada Allah (solat hajat), mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, alasan Mohamed Azmin itu bercanggah dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi pada 12 Mac lalu yang memberitahu bahawa parti itu telah pun beberapa kali memaklumkan kepada Menteri Besar mengenai isu peruntukan tahunan berkenaan sebelum ini.

– Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");