Isu Panas

Isu Terowong : Azeez Rahim Buat Laporan Polis

SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan kononnya beliau menerima bayaran RM3 juta dan surat tuntutan daripada Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Abdul Azeez membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 9.30 pagi ini sambil diiringi kira-kira 50 orang penyokongnya.

Terdahulu, Abdul Azeez mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Pada 27 Februari lalu, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling menafikan dakwaan berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes tersebut.

Menurut Abdul Azeez, beliau tidak tahu apa-apa berkenaan dakwaan itu menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang berniat mahu menjatuhkannya terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");