Isu Panas

‘Itu Bukan Suara Nik Abduh’

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Syura Ulama PAS hari ini menegaskan bahawa rakaman audio yang didakwa milik suara Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebenarnya bukan milik anggota parlimen Pasir Mas itu.

Menurut Datuk Dr Khairuddin Aman Razali,terdapat ramai individu yang boleh meniru suara orang lain, termasuk menyerupai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sebab itu dalam Islam, audio tidak menjadi satu inti yang kukuh (untuk dijadikan bukti) kerana ia terdedah untuk ditipu, ditiru dan sebagainya,” katanya menerusi laporan Malaysiakini.

Khairuddin yang juga bendahari Dewan Ulama Pusat PAS memberitahu Nik Abduh sendiri sudah membuat penafian sebelum ini.

Beliau diminta mengulas mengenai satu rakaman audio yang dikaitkan dengan Nik Abduh.

Petikan itu sekadar sepanjang kurang dari 80 saat dan melibatkan suara didakwa Nik Abduh yang mengaku menerima dana RM2 juta kononnya daripada UMNO.

Ia juga melibatkan ‘pengakuan’ bagaimana PAS kononnya menerima bantuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak serta gerakan menjatuhkan DAP.

Ia mula menjadi tular sejak minggu lalu dan dipercayai bahagian kedua rakaman berkenaan akan didedahkan selepas ini.

Dalam satu laporan lain, Nik Abduh menganggap dakwaan berkenaan adalah suatu fitnah dan mengarut.

“Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya,” kata Nik Abduh.

Nik Abduh turut menggesa pihak yang menyebarkan rakaman itu agar bertaubat jika tidak ingin ditimpa balasan Tuhan ekoran memfitnahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");