Berita Hari Ini

Jambatan Sultan Yusuf Tidak Ditutup

TELUK INTAN – Orang ramai terutamanya pengguna Jambatan Sultan Yusuf tidak perlu panik dengan dakwaan bahawa jambatan tersebut akan kembali ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, dakwaan berkenaan yang mula tular dan heboh diperkatakan orang ramai adalah tidak benar.

“Kita tidak menutup Jambatan Sultan Yusuf kepada kenderaan ringan seperti yang didakwa, cuma kita terpaksa mengawal jumlah kenderaan supaya tidak berhenti di atas jambatan ekoran kesesakan lalu lintas.

“Ini kerana ia memberi kesan kepada pergerakan tiang di jambatan berkenaan,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurut Zainol Fadzi, kawalan lalu lintas itu bermula jam 1 tengah hari tadi dan ia dilakukan sempena cuti sekolah kerana berlaku kesesakan di atas jambatan berkenaan.

“Ini salah satu langkah kawalan risiko berlakunya pergerakan lebih kritikal terhadap jambatan tersebut.

“Jadi saya mohon pengguna tidak panik dan hentikan menyebar berita yang tidak benar,” katanya.

Terdahulu tular di aplikasi sosial WhatsApp sejak tengah hari tadi mengatakan Jambatan Sultan Yusuf akan ditutup dalam tempoh terdekat.

Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan berlakunya kesesakan lalu lintas jika terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");