Isu Panas

‘Jangan Bercakaran Sesama Sendiri’

PERMATANG PAUH: Semua parti komponen BN diingatkan supaya tidak bercakaran sesama sendiri selepas pengumuman calon yang akan bertanding pada PRU14 nanti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, apa yang penting adalah bekerjasama membantu kemenangan BN.

“Kalau kita perang, kita mesti menang! Memeluk tubuh, tunduk dan serah kepada takdir bukan satu pilihan. Kita semua merupakan pejuang BN.

“Apabila parti kita dicabar, inilah masanya untuk kita bangkit dengan semangat yang cukup luar biasa menunjukkan kekuatan kita.

“Tak ada lagi kompromi. Saya minta semua bahagian, kawasan jangan bercakaran sesama kita. Jangan sebab calon kita berkelahi sesama kita,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan bersama ahli jawatankuasa empat peringkat Umno bahagian-bahagian dan BN Pulau Pinang di sini, semalam.

Menurutnya, siapa calon yang diumumkan hendaklah membantu habis-habisan memastikan kemenangan BN dalam PRU14 nanti.

“Jangan ada mereka di bawah sini boleh kipas-kipas, jangan ada di atas melaga-lagakan kerana yang kita nak tengok ialah perjuangan kepada satu kelangsungan yang lebih besar.

“Ia tidak berkisar tentang individu, ia tidak berkisar kepada puak-puak tertentu. Ini mesej dan maruah BN.

“Harapan saya datang ke Pulau Pinang ialah membawa doa bahawa sesungguhnya inilah masanya kita menebus semula maruah kelangsungan BN di Pulau Pinang,” katanya.

Jelasnya, ia memerlukan satu tindakan yang bersatu padu dan jentera parti hendaklah betul-betul mantap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");