Berita Hari Ini

Jangan Mudah Terpengaruh Berita Palsu Berbaur Hasutan, Kebencian

JOHOR BAHRU — Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu atau berita palsu yang berbaur hasutan dan kebencian yang sengaja diada-adakan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini merupakan taktik yang seringkali digunakan oleh pembangkang dalam menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Mereka (pembangkang) mana ada rasa tanggungjawab, yang penting dapat buat rakyat marah dengan kerajaan, mereka dapat undi, lepas pilihan raya mereka akan hilangkan diri.

Mereka ni pun bijak, mereka akan sentiasa menggunakan nama yang tidak diketahui bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa, jadi bila sudah tular mereka tidak akan kena tindakan, yang kena biasanya mereka yang menularkan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Surau Al-Muttaqin di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, di sini, hari ini.

Nur Jazlan turut berkata tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang membuat berita palsu serta yang menyebarkan berita palsu berkenaan meskipun PRU14 telah berakhir.

“Kita akan pastikan tindakan undang-undang menanti mana-mana pihak yang dikesan menularkan berita-berita palsu bukan saja ketika menjelang PRU14  tetapi juga selepas tempoh berkenaan selesai.

Polis akan lakukan siasatan berkaitan mesej terbabit dan berdasarkan kandungan yang ditularkan itu. Oleh itu saya berharap masyarakat lebih bijak dan tidak mudah terpedaya,” katanya.

— BERNAMA  

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");