Sukan Hari Ini

JDT Tewaskan Tampines Rovers

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Tampines Rovers 2-1 dalam aksi Kumpulan H Piala AFC 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk mendahului pasukan bimbingan Jurgen Raab apabila Safawi Rashid meledakkan jaringan pada minit ke-12.

Tampines Rovers bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi Khairul Amri selepas pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Bermula aksi separuh masa kedua, JDT menggandakan asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila Hazwan Bakri mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-79.

Kemenangan itu menyaksikan Skuad Harimau Selatan mengumpul 7 mata hasil daripada dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan selepas menempuh empat perlawanan bagi kumpulan H.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");