Isu Panas

‘Kajian Invoke Malaysia Tak Masuk Akal’

KULAI: BN Johor menyifatkan hasil kajian Invoke Malaysia tidak masuk akal dan didakwa menggunakan metodologi tidak tepat bagi mengukur sokongan pengundi di beberapa negeri yang dikatakan memihak kepada pembangkang termasuk Johor.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, BN akan memberi kejutan kepada Pengasas Invoke Malaysia, Rafizi Ramli mengenai sokongan sebenar pengundi di negeri ini.

Katanya, BN sebaliknya menggunakan kaedah kajian sikap yang lebih tepat dan terperinci di mana soal selidik lebih menyeluruh dilakukan terhadap satu responden bagi nisbah 30 penduduk.

“Mereka diberikan soalan yang tepat dan jelas samada menyokong BN atau tidak.

“Kajian bukan sekali tetapi tiga, empat kali dalam dua tahun kebelakangan ini dan kita akan beri kejutan kepada Rafizi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pusat Pentadbiran Baru Daerah Kulai di sini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online, semalam.

Selain itu, beliau berkata, kaedah kajian yang dijalankan Invoke Malaysia turut diragui dan boleh dipersoalkan kerana tidak dilakukan secara menyeluruh, sebaliknya merangkumi sesetengah kawasan sahaja.

“Dia juga gunakan media sosial, apabila ada orang yang memberikan kritikan dianggap sebagai tidak memihak kepada BN sedangkan kritikan tak semestinya tidak memberi sokongan.

“Dia juga hanya ambil survey di kawasan tertentu sahaja contohnya saya lihat dia buat di Ledang dan jadikan itu untuk mewakili semua orang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kajian berkenaan hanya strategi perang psikologi pembangkang untuk mengelirukan rakyat dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal sekiranya Pas juga tidak berjaya memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi.

9 Mac lalu, Rafizi mengumumkan hasil kajian Invoke Malaysia di mana Pakatan Harapan dikatakan mampu memenangi PRU14 di lima negeri termasuk Kedah, Perak dan Johor selain mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.

Kaji selidik melibatkan 2,000 responden itu turut membayangkan kemungkinan berlaku Dun tergantung di Melaka dan Negeri Sembilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");