Isu Panas

‘Kami Percaya IGP, Tapi Wan Ahmad Perlu Jawab Sendiri’

Beberapa wakil rakyat DAP menggesa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd untuk tampil menjelaskan isu pembekuan akaun banknya di Australia.

Menurut mereka, walaupun mereka menerima penjelasan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkenaan perkara itu, kegagalan Wan Ahmad untuk memberi penjelasan sendiri akan mencemarkan kewibawaannya dan pasukan polis.

“Saya tidak tahu dan tidak mempercayainya kerana IGP kata semua transaksi adalah sah.

“Peliknya Wan Ahmad sendiri tidak tampil ke depan untuk membuat pengumuman selepas media menyiarkan berita ini,” katanya pada sidang media di luar ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Beliau merujuk akaun Wan Ahmad bernilai lebih A$320,000 (RM971,800) yang dibeku pihak berkuasa Australia kerana disyaki mempunyai wang yang dicuci atau hasil daripada kegiatan jenayah, seperti dilapor akhbar Sydney Morning Herald.

Lim berkata dalam suratnya beliau turut menggesa Wan Ahmad mendedahkan identiti individu yang mendepositkan wang ke dalam akaunnya sehingga menimbulkan keraguan pihak berkuasa di sana, dan jika boleh memintanya memberikan penjelasan.

“Ini bukan saja demi kebaikannya, tetapi imej baik pasukan polis.”-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");