Membawang Hari Ini

Kawal Emosi, Cari Jalan Penyelesaian – Diana Danielle

Meskipun kes membabitkan suaminya belum selesai namun aktres Datin Diana Danielle merasakan dia perlu mengawal emosi dalam berdepan dengan pelbagai dugaan tersebut.

Memetik laporan BH online, isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil itu berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan segala masalah tersebut sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian

“Lebih baik saya memikirkan cara untuk menyelesaikannya daripada berfikir mengenai masalah yang timbul.

“Jika terlalu mengikutkan emosi, ia takkan memberikan jalan penyelesaian. Jadi, lebih baik kita fikirkan cara untuk menamatkan sesuatu isu yang timbul,” katanya.

Namun ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui sebagai manusia biasa dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya namun dia memilih untuk lebih bertenang bagi mengelakkan sesuatu isu itu terus berpanjangan.

“Orang perlu faham, sebagai personaliti, saya perlu bertenang mengawal situasi. Namun sebagai manusia biasa, saya tak boleh tipu apa yang dirasa.

“Begitupun, jika saya menunjukkan perasaan sebenar, saya tak nampak ia dapat meredakan situasi. Jadi, mengambil pendekatan untuk bertenang itu lebih baik. Ia akan membantu sesuatu isu agar tidak berpanjangan,” katanya.

Dian juga berkata, dia dan keluarganya kini menjalani kehidupan dengan lebih tenang di samping keluarga.

Saat ini, Farid menghadapi beberapa pertuduhan jenayah, selain tuduhan membuat laporan polis palsu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");