Berita Hari Ini

Kemampuan Kerajaan Urus Hutang Negara Diiktiraf Peringkat Antarabangsa: PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan mempunyai kemampuan untuk menguruskan hutang negara dengan baik dan ia mendapat pengiktirafan badan-badan penarafan antarabangsa.

Menerusi laporan Bernama, beliau berkata, pada masa ini hutang negara berada pada paras 50.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada di paras lebih rendah berbanding paras maksimum 55 peratus yang ditetapkan kerajaan.

“Dari segi hutang negara keseluruhan semakin mengucup. Soalnya bukan saiz hutang tapi kemampuan kita bayar balik. Kalau dibandingkan dengan Singapura, mereka mempunyai hutang lebih besar, tapi ada kemampuan bayar balik.

“Kita juga mempunyai kemampuan untuk bayar balik dan kemampuan kita ini tidak boleh dipersoalkan kerana badan-badan penarafan antarabangsa telah meletakkan malaysia dalam kategori A (dalam kemampuan membayar balik hutang),” kata dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu kenapa kerajaan memperuntukkan 12.5 peratus daripada pendapatan negara hanya untuk membayar faedah hutang berbanding Singapura yang memperuntukkan enam peratus daripada pendapatannya untuk tujuan sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");