Perak Hari Ini

Kerajaan Tak Bercadang Kurangkan Penjawat Awam-PM

IPOH:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan Kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah kakitangan pegawat awam.

“Pembangkang yang terbaru bercakap nak kurangkan bilangan penjawat awam malah ahli parlimen pembangkang menghina penjawat awam seperti kucing kurap..terbaru Penang Institute juga mengatakan negara hanya perlu 430,000 penjawat awam lebih daripada separuh akan diberhentikan implikasinya begitu tetapi kerajaan berbeza kita tetap akan kekal pertahankan pejawat awam malah tambahkan lagi,” katanya.

Beliau terdahulu meluangkan sedikit masanya untuk berkongsi pandangan dengan lebih para pejawat awam para program Bajet 2018 bersama rakyat edisi keempat di Kolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta di sini hari ini.

Turut hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Najib dalam ucapannya berkata pejawat awam merupakan tulang belakang kepada kerajaan dan tanpa dokongan pelaksanaan hala tuju negara.

“Dalam bajet 2018, macam-macam diberikan bayaran khas RM1500, ada pengecualian cuti bagi umrah begitu juga untuk guru-guru dan polis wanita yang mengandung lima bulan boleh balik sejam awal.

“Bila ekonomi berkembang saya mahu pejawat awam boleh mengecapi hidup dengan lebih baik.Tak akan kita nak duduk diam bila orang hina kina. Kita kena lawan balik.

“Penjawat awam adalah pendokong dan tiang seri kepada kerajaan kita dan mempunyai cita-cita besar dan sebelah sana tak boleh pakai, banyak ‘fake news’ saya selalu jadi mangsanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");