Berita Hari Ini

Kerajaan Umum ‘Berita Baik’ Buat Anggota Bomba

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Bomba yang akan disambut bulan hadapan, Kerajaan telah meluluskan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba berjumlah RM200.

Selain itu, Kerajaan turut menaikkan elaun bomba bantuan daripada RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota dan RM7.80 kepada RM9.80 bagi pegawai.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pemberian elaun ini akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

“Elaun ini diberikan bagi menghargai jasa anggota Bomba dan Penyelamat kerana sering meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya bagi menyelamatkan orang ramai.

“Semoga insentif terbaharu ini akan mendorong semua anggota untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang,” kata Noh ketika menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");