Berita Hari Ini

Kerjasama Strategik KR1M 2.0 Tingkatkan Kuasa Beli Rakyat

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik yang dibentuk antara pengilang, pengeluar dan pengedar dalam menjenamakan semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M2.0) dapat meningkatkan kuasa beli rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata lebih ramai pekedai juga boleh menjadi rakan kongsi KR1M 2.0 kerana model perniagaannya yang lebih terbuka dan melibatkan lebih ramai pihak swasta serta peniaga.

“Kerajaan menyasarkan untuk membuka sehingga 3,000 premis yang turut melibatkan peniaga-peniaga runcit, sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang bermula dari akar umbi kerana para peniaga kecil juga boleh mendapatkan manfaat daripada kerjasama strategik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perdana Menteri mengenai KR1M 2.0 yang dimuat naik di laman www.najibrazak.com hari ini.

KR1M 2.0, dengan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan terhadap skim lama yang ditamatkan pada September 2017, dilancarkan pada 4 Feb lepas.

Perdana Menteri berkata berdasarkan trend pembelian rakyat di pasar raya mini yang kian meningkat, kerjasama strategik pelbagai pihak dalam membuka lebih banyak premis KR1M 2.0 akan memudahkan rakyat untuk mendapatkan penjimatan di kawasan berhampiran dengan mereka kelak.

Tambahnya, sebanyak 50 barangan keperluan harian pelbagai jenama akan disenaraikan di bawah inisiatif meningkatkan kuasa beli yang akan dibuat secara berperingkat.

”Jika sebelum ini produk-produk dijenamakan di bawah nama KR1M, model baru KR1M 2.0 ini akan membolehkan rakyat membeli barangan berjenama seperti di pasaran pada harga yang lebih rendah sekaligus meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");