Jenayah

Kes Liwat: Pelajar Tahfiz Beri Keterangan, Jalani Pemeriksaan

KUANTAN: Pelajar maahad tahfiz di Bukit Bay Route, yang diliwat dan menghadapi gangguan seksual dipercayai dilakukan seorang penderma masih belum dibenarkan pulang walaupun cuti sekolah masih berbaki seminggu lagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, ini kerana kesemua pelajar itu perlu memberi keterangan kepada pihak polis.

“Saya difahamkan enam pelajar diliwat dan 15 lagi yang mengalami gangguan seksual masih tak dibenarkan balik kerana mereka perlu memberi keterangan kepada pihak polis.

“Malah,pelajar tersebut juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut daripada pihak hospital bagi melengkapkan kes itu,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Program Ziarah Mahabbah oleh Jaip dan Mcdonalds Kuntan MM menerusi kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), hari ini.

Sebelum ini, Mohamad Noor berkata, pihaknya memberi kaunseling kepada pelajar yang terlibat dengan liwat dan ganggun seksual terbabit selepas mengetahui kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, jelasnya, pihak maahad telah memaklumkan bahawa mereka sudah memberikan cuti selama dua minggu kepada semua pelajar di maahad terbabit.

“Jadi, kita akan memberi kaunseling kepada mereka selepas cuti sekolah berakhir,” katanya.

Semalam, Nasrul Arman Ahmad, 41 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap 38 pertuduhan kes liwat dan serangan seksual terhadap pelajar sebuah maahad tahfiz.

Pengakuan tidak bersalah itu direkodkan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");