Jenayah

Kes Penemuan Kepala Wanita: Suami Didakwa Membunuh

KUCHING: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman, kira-kira 280 kilometer dari sini, atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang warga China.

Menurut kertas pertuduhan, Wong Zing Haw, 41, didakwa membunuh Yan Xi, 31, antara 25 Feb dan 3 Mac lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam, demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, dalam satu kenyataan di sini.

Menurut kenyataan itu, mahkamah menetapkan 23 April untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Mac lepas, polis menemui bahagian kepala seorang wanita di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait Sri Aman.

Susulan itu, polis menahan suami wanita berkenaan memetik sumber Bernama.

Semalam, polis dalam satu kenyataan berkata polis masih belum menemui bahagian tubuh wanita berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu berkahwin pada 2011 dan mempunyai dua anak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");