Jenayah

Kes Pokok Tumbang: Suami Mangsa Masih Belum Sedarkan Diri

KUALA LUMPUR — Nor Azrul Ahmad yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC di sini Isnin lepas masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut sumber HKL, sehingga kini, mangsa  berusia 37 tahun itu masih belum sedarkan  diri.

“Mangsa masih belum sedar tetapi keadaannya dilaporkan bertambah baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa Mira Ezfa Abd Rasih, 25, yang turut cedera ketika membonceng motosikal bersama suaminya pada hari kejadian enggan mendedahkan mengenai keadaan suaminya kini.

“Saya dan keluarga akan pergi ke Balai Polis Tun H. S. Lee di ibu negara pada pukul 10 pagi esok untuk tindakan lanjut.

“Pihak media yang ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh menemui kami esok,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 pagi itu, Mira Ezfa yang baru bernikah dengan Nor Azrul sehari sebelum kejadian turut cedera pada kepala selepas motosikal mereka melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ampang Point.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");