Perak Hari Ini

Khairy Rasmikan Kompleks Sukan Tapah

TAPAH:Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaludin telah merasmikan Kompleks Sukan Tapah yang bernilai RM11 juta untuk kemudahan penduduk kawasan Parlimen Tapah.

Khairy berkata kompleks itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan yang mengambil kira keperluan bagi melahirkan atlet sukan untuk negara.

“Pembinaan Kompleks Sukan Tapah fasa 1 telah menyediakan kemudahan sukan iaitu dewan serbaguna yang boleh menempatkan tiga gelanggan badminton dan satu gelanggang bola jaring serta kafeteria,” katanya dalam sidang media sejurus selepas majlis perasmian kompleks di Tapah Road hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M.Saravanan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Beliau turut mengumumkan fasa kedua kompleks tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat yang meliputi pembinaan astaka di padang bola yang menyediakan 500 kerusi bagi penonton dan trak larian balapan sintetik.

“Turut akan disediakan ruang lompat jauh, kijang dua lorong untuk renjam lembing, lompat tinggi, lempar cakera dan lontar peluru.

“Kita mahu menyediakan semua kemudahan olahraga supaya segala kejohanan sukan Majlis Sukan Negara (MSN) boleh dijalankan di sini,” katanya.

Katanya kemudahan bagi penyediaan penghawa dingin di dalam dewan kompleks akan disegerakan penyediaan supaya acara SUKMA 2018 bagi kejohanan remaja lawan pedang dianjurkan di komplek tersebut.

Terdahulu, Kompleks Sukan Tapah yang mengambil masa 22 bulan bagi proses pembinaan telah siap sepenuhnya pada Disember 2017 untuk fasa pertama.

Kompleks Sukan Tapah Fasa 1 berkeluasan 12.56 ekar ini terletak di Mukim Batang Padang dilengkapi dengan kemudahan sukan termasuk dewan serbaguna yang memuatkan tiga gelanggang badminton, tiga gelanggang sepak takraw serta gelanggang bola jaring.

Selain itu turut tersedia gelanggang futsal dengan spesifikasi FIFA, padang bola sepak, kafeteria dan juga pejabat pengurusan kompleks dibawah selian Pejabat Belia dan sukan Batang Padang.

Khairy terdahulu turut berpuas hati dengan mutu dan kualiti pembinaan kompleks berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");