Berita Hari Ini

KM Sarawak Nafi Artikel Berhubung Isu Murtad

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak (OCMS) menafikan sebuah artikel yang dikeluarkan media tempatan semalam di bawah tajuk “Sarawak to Amend State Shariah Laws on Apostasy”.

Dalam satu kenyataan, OCMS menegaskan bahawa artikel yang dikeluarkan Malaymailonline semalam yang menyebut bahawa cadangan pindaan kepada Ordinan Mahkamah Syariah 2001 bagi memudahkan mualaf untuk keluar dari Islam seperti yang dilaporkan, adalah amat tidak tepat.

“Laporan itu tidak menggambarkan apa yang dinyatakan Ketua Menteri. Ketua Menteri dengan jelas menyatakan bahawa memandangkan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar kes murtad, maka adalah perlu untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu, sebagaimana dilaporkan Bernama.

“Termasuk mengkaji keperluan sama ada untuk meminda Ordinan Mahkamah Syariah 2001 atau Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak 2001, serta keperluan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pelaksanaan,” tambahnya.

Pada 27 Feb lepas Mahkamah Persekutuan di Kuching memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Isu itu timbul selepas empat rakyat Sarawak yang ingin mengetahui sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah yang mempunyai kuasa dalam menentukan tentang usaha mereka untuk keluar daripada Islam.

Keputusan itu menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak khususnya di Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");