Perak Hari Ini

Komited Realisasi Keperluan Anak Perak

IPOH: Pertubuhan Anak Perak menggalakkan semua individu kelahiran Perak untuk turut serta bergiat aktif menerusi pelbagai program yang dirangka pertubuhan ini.

Presidennya, Faizal Effendi Hashim berkata Pertubuhan Anak Perak telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan (ROS) pada tahun 2016 dan masih bergiat aktif sehingga kini.

“Setakat ini Pertubuhan Anak Perak telah mempunyai sekitar 2,000 ahli berdaftar dan untuk menjadi ahli terbuka kepada semua individu berumur 18 tahun keatas dan tiada had umur ditetapkan.

“Pertubuhan Anak Perak bukan tertumpu kepada satu kaum sahaja tetapi terbuka kepada semua namun individu itu lahir di negeri ini atau permastautin tetap di negeri Perak,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, pertubuhan telah menggariskan enam objektif antaranya iaitu menggalakkan anak Perak yang berjaya di luar dan di dalam negeri untuk kembali membantu anak-anak Perak yang berhasrat untuk berjaya dalam berkongsi idea dan bantuan yang bersesuaian serta mendidik anak Perak dalam program kemasyarakatan dan kebajikan.

“Selain itu pertubuhan juga berusaha untuk memupuk kerjasama yang erat dan toleransi antara kaum khususnya dikalangan anak-anak Perak selain menyampaikan dasar-dasar kerajaan yang baik untuk kepentingan rakyat dalam bentuk risalah, penerangan dan praktikal sesuatu dasar,” katanya.

Pertubuhan ini juga katanya telah membentuk lapan kelab-kelab dibawahnya yang mempunyai peranan dan tanggungjawab berbeza.

Lapan kelab itu antaranya Kelab Usahawan Anak Perak (KUWAP), Kelab sukan dan rekreasi, Kelab kebajikan dan kesukarelawan, kelab Ryders Anak Perak (RAP),Kelab kebudayaan dan kesenian dan kelab pendidikan dan mahasiswa.

“Pertubuhan Anak Perak juga telah menubuhkan koperasi Pertubuhan Anak Perak Berhad (KPAPB) pada 25 September 2017.

“Pertubuhan turut menyediakan insurans kelompok untuk menjaga kebajikan ahli dan pihak pertubuhan juga sedang berbincang dengan pihak tertentu untuk mendapatkan diskaun melalui kad ahli pertubuhan Anak Perak,” katanya.

Katanya, Pertubuhan Anak Perak sangat komited untuk merealisasikan perjuangan pertubuhan istimewa untuk anak kelahiran Negeri Perak.

Faizal pada masa yang sama turut menzahirkan sokongan penuh kepada pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan kepimpinan kerajaan dalam menerajui pentadbiran negara.

Bagi anak Perak yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan maklumat di laman Facebook Pertubuhan Anak Perak (rasmi PAP) atau menghubungi Faizal (011 -12437664/ 017- 5534164) dan yuran keahlian hanya RM35 setahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");