Berita Hari Ini

Kuok Hargai Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok merakamkan penghargaan atas sokongan rakyat Malaysia membantah tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba merosakkan reputasi dan taat setianya kepada negara.

Pejabat Kuok dalam satu kenyataan memberitahu, tokoh korporat itu sedia maklum mengenai tiga artikel mengandungi tuduhan palsu dan tidak berasas yang disiarkan dalam blog atas talian terbabit sudah dipadam.

Tiga artikel yang disiarkan menerusi portal www.malaysia-today.net itu ialah ‘Malaysian Insight Funder Fingered’ dan ‘Robert Kuok Wants Chinese Rule in Malaysia” pada 21 Februari lalu, serta “Robert Kuok’s Last Chance at Changing the Government’ pada 23 Februari lalu.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak pantas dengan mengarahkan pengendali portal berkenaan, Raja Petra Kamarudin, memadam ketiga-tiga artikel berkenaan, semalam selepas aduan dibuat pada 28 Februari lalu.

Ketiga-tiga artikel itu dengan jelas mengandungi berita palsu serta menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Malaysia Today dan pengendali portal itu masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan yang dikeluarkan peguam mewakili Kuok di Malaysia dan United Kingdom walaupun Raja Petra dan portal itu berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap Kuok.

“Justeru, Kuok berhak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Malaysia Today dan pengendalinya serta sesiapa sahaja yang menyebarkan kenyataan berunsurkan fitnah terhadap dirinya,” katanya.

Sebelum ini, Raja Petra menerusi portal www.malaysia-today.net, mendakwa Kuok mempunyai agenda menggantikan pemerintahan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi membolehkan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.

Raja Petra juga mendakwa Kuok dikatakan mahukan gelombang perubahan dalam kalangan orang Melayu ke arah mencapai hasrat berkenaan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");