Membawang Hari Ini

Kurang Rehat, Ajak Shiro Dimasukkan Ke Hospital

PELAWAK dan penyampai radio, Ajak Shiro dimasukkan ke hospital kerana kurang rehat berikutan komitmen tingginya pada kerja.

Berita itu dikongsikan isteri Ajak, Afifah Amin, menerusi laman Instagram pengacara Melodi itu, dengan memuat naik gambar suaminya yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Doakan kesihatan Baba yer.. Orang kuat kerja, akhirnya tewas di katil hospital. Kapsyen daripada Ibu #CTScan,” tulisnya ringkas lapor Sinar Harian.

Difahamkan Ajak sempat melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi bersama Janna Nick sebelum dimasukkan ke hospital.

Berikutan itu, para peminat dan pengikut Ajak tidak putus-putus mendoakan agar pelawak serba boleh ini mengambil rehat yang cukup dan kembali sihat seperti kala.

Selain rutinnya sebagai penyampai radio HotFM, Ajak juga masuh aktif sebagai pelawak selain mengendalikan program siaran langsung Melodi setiap Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");