Jenayah

Lebih 100 Bom Ditemui Di Tapak Binaan Bangkok

BANGKOK: Beberapa orang pekerja di sebuah tapak binaan di Rajavithi Road di sini terkejut hari ini bila mereka menemukan lebih 100 butir bom latihan, dipercayai dari zaman Perang Dunia Kedua.

Polis yang dikejutkan dengan penemuan bom itu, segera mengepung kawasan itu demi keselamatan awam, sementara anggota pemusnah bom memeriksa kawasan binaan itu untuk mengesan jika terdapat lagi bom yang tertanam kira-kira 1.5 meter di perut bumi.

Timbalan Ketua Polis Negara Thai, Jen Srivara Rangsibrahmanakul, yang bergegas ke tempat berkenaan memberitahu pemberita bahawa bom yang ditemukan itu ialah Jenis BDU-33 buatan Amerika Syarikat dan tidak mengandungi bahan letupan kerana ia hanya untuk kegunaan latihan.

“Bagaimanapun agensi Thai tidak menggunakan bom jenis ini,” kata beliau lapor Bernama pada Isnin.

Katanya, tapak binaan itu sebelum ini adalah sebuah padang bola sepak, bila ditanya sama ada pangkalan tentera AS pernah wujud di situ.

Beliau meminta orang ramai agar tidak panik dan mengarahkan polis memeriksa kawasan itu dengan teliti sebelum membenarkan pekerja bertugas semula.

Bom latihan itu hanya mengeluarkan asap bila dilancarkan, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");