Perak Hari Ini

Lebih 300 Hadir Kayuhan Negaraku 1Malaysia, Perak Silver Nite Ride Siri Ke-5

IPOH: Cuaca hujan tidak menghalang lebih 300 orang hadir ke program Kayuhan Negaraku 1Malaysia dan Perak Silver Nite Ride Siri Ke-5 2018 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini, pada Rabu.

Ketua Seketariat Kayuhan Negaraku 1Malaysia, Datuk Sayed Al Feizal berkata, bermula jam 7.00 malam para peserta telah hadir bagi mendaftarkan diri ke program ini yang dijadualkan bermula pada 8.00 malam.

Katanya, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, pihak polis meminta pengajur untuk memendekan laluan perjalanan kayuhan basikal

“Kita meletakkan faktor keselamatan itu sebagai yang utama dan oleh kerana itu kita memutuskan untuk berbasikal di sekitar kawasan kompleks ini sahaja.

“Pada kebiasaan kita akan adakan pada waktu pagi hari minggu, cuma di Perak, yang mana kita bekerjasama dengan Perak Silver Nite Ride bagi mengadakan program pada waktu malam,” katanya kepada Perak Today ketika ditemui pada program ini, dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, beberapa program yang telah disusun atur dalam dewan kompleks sukan, berjalan seperti biasa.

Antara aktivitinya ialah, persembahan muzik kumpulan busker, pertandingan hulla hoop dan limbo dance, serta sesi aktiviti zumba oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta IM4U.

Dalam pada itu katanya, Perak merupakan lokasi ketiga selepas Kayuhan Negaraku 1Malaysia ini diadakan di Kelantan dan Melaka, awal tahun ini.

Jelasnya, selepas ini, pada 18 Mac, program ini akan diteruskan di ibu negara menerusi program Kuala Lumpur Car Free Day.

Program yang diakhiri dengan sesi cabutan bertuah ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");