Jenayah

Lelaki Separuh Bogel Pecah Masuk Bank

KUALA KRAI: Seorang lelaki ditahan polis dalam keadaan separuh bogel selepas memecah masuk sebuah bank di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi, suspek berusia 40-an ditahan dengan hanya memakai jaket ketika bersembunyi di belakang sebuah mesin juruwang automatik (ATM).

Sumber berkata, polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam mengenai siling di bank itu pecah.

“Pemeriksaan lanjut menemui lelaki itu bersembunyi di belakang sebuah daripada mesin ATM.

“Suspek dipercayai masuk melalui siling untuk ke ruang pejabat bank. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");