Sukan Hari Ini

Liverpool Berhak Ke Suku Akhir: Klopp

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, percaya musim ini pasukannya berhak untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu memastikan slot ke suku akhir selepas menyempurnakan kemenangan agregat 5-0 ke atas Porto hasil keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi timbal balik di Anfield.

Menurut Stadium Astro, ia menandakan kali pertama Liverpool melangkah ke suku akhir UCL sejak musim 2008-09.

Klopp berasakan pasukannya telah menampilkan aksi terbaik dan berhak untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Saya berasakan tahun ini kami layak ke suku akhir. Ia bukan satu kejutan.

“Pusingan seterusnya akan menjadi lebih sukar. Tujuh pasukan memiliki kualiti yang sangat bagus; empat daripadanya dari England.

“Kami akan mengambil perlawanan demi perlawanan. Ini merupakan kali pertama sejak musim 2008-09, jadi kami akan cuba memberikan yang terbaik.

Manchester City, Tottenham, Chelsea dan Manchester United adalah kelab dari England yang mungkin menyertai Liverpool ke suku akhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");