Sukan Hari Ini

LTdL: Beberapa Jalan Di Ibu Negara Ditutup 25 Mac

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup bagi memberi laluan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang memasuki peringkat terakhir Ahad ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, peringkat perlumbaan terakhir akan bermula di Rembau, Negeri Sembilan dan memasuki sempadan ibu negara sekitar pukul 2 petang.

Menurutnya, penutupan jalan akan bermula pukul 1.30 petang dan dibuka secara berperingkat pada pukul 4 petang.

“Antara kawasan terlibat Kampung Cheras Baharu, Jalan Kuari, Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Jalan Cheras, Jalan Tun H. S. Lee, Masjid Negara, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Selain itu, perlumbaan itu juga akan melalui Jalan Raja, Dataran Merdeka, Leboh Pasar Besar, Jalan Hang Lekiu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang dan tamat di Dataran Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, Zulkefly menasihati orang ramai merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Kami juga menyarankan supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke destinasi dan sentiasa mematuhi arahan daripada anggota polis bertugas,” ujarnya.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");