Perak Hari Ini

Maki Hamun Bukan Cara BN Perak-Ds Zambry

MANJUNG: Sorakan moto “Perak Negeriku, Barisan Nasional Pilihanku” bergema apabila dilaungkan lebih 8,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan parti komponen pada pelancaran jentera pilihan raya umum (PRU) ke-14 Parlimen Lumut di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional Perak (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia merupakan persiapan terakhir bagi menantikan PRU yang bakal tiba bila-bila masa sahaja.

Katanya, BN Perak sudah sedia ‘berperang’ bagi menghadapi PRU ke-14.

“Pelancaran jentera hari ini untuk melihat tahap kesiapsiagaan kedudukan jentera yang ada, dimana kita turun sama-sama dan tugasan yang kita pecahkan kepada peringkat jalankan dengan baik sekali.

“Semangat yang ada dalam parti komponen pada hari ini juga sangat baik apabila masing-masing menunjukkan komitmen dan memastikan PRU ini kita terus berjaya,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan jentera PRU 14 Parlimen Lumut di Dewan EMV di sini hari ini.

Turut hadir wakil parti- parti komponen tersebut bukan sahaja melibatkan UMNO tetapi juga MCA, MIC, myPPPP dan lain-lain daripada Parlimen Lumut.

Terdahulu beliau merasmikan Fiesta Sehati@RTM anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama kerajaan Negeri.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang tiga hari program berlangsung bersempena majlis penutup program Permukiman Menteri Besar Di Parlimen Lumut.

Katanya BN Perak tidak mengambil kesempatan dengan memaki hamun dan melemparkan tuduhan sebaliknya mendekati rakyat dengan pelbagai program menarik.

“Kita tidak akan buang masa berceramah dan mengambil kesempatan melemparkan tuduhan maki hamun mana-mana pihak tetapi konteks BN menggunakan pendekatan lain bagi mendekati rakyat, menerusi pelbagai program secara bersama” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");