Isu Panas

Malaysia Bukan Negara Gagal – Hadi Awang

CYBERJAYA: Malaysia bukan sebuah negara yang gagal kerana negara ini kaya dengan pelbagai hasil serta mempunyai potensi yang luas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata kerajaan sedia ada telah menggubal dasar-dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat dan jika perlu, dasar itu perlu ditambah baik agar menyediakan perkhidmatan lebih efisyen.

“(Dasar) Yang baik dikekalkan dan yang buruk perlu diperbetulkan atau dihapuskan. Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera bersama rakan strategik Gagasan Sejahtera (Gagasan) di sini, malam tadi lapor Bernama.

Manifesto itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Gagasan Sejahtera terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Hadi, yang juga Pengerusi Gagasan, menegaskan bahawa PAS akan bersikap adil dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi negara.

“Sebagai pembangkang yang matang dan sejahtera, PAS akan menghadapi pilihan raya umum dan tidak menumbang kerajaan dari pintu belakang,” katanya.

BACA: Hapus GST, bantuan pembelian kereta antara tawaran dijanjikan Gagasan Sejahtera

Manifesto itu merangkumi sembilan teras dan 20 tawaran utama, antara lain mampu menyelesaikan bebanan kos sara hidup rakyat dan menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, membentuk kerajaan berintegriti dan beramanah, penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");