Isu Panas

Manifesto Pas Bentuk Negara Islam

MANIFESTO Pas yang dilancarkan semalam jelas memberikan gambaran kestabilan negara berlandaskan Islam.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, manifesto tersebut telah mendapat perkenan daripada Majlis Ulamak Pas.

Menurutnya, manifesto tersebut lengkap merangkumi semua aspek.

“Sistem Islam jika diamalkan mampu memberikan kestabilan negara melalui pendidikan dan ekonomi akan kita laksanakan jika diberi kuasa memerintah Malaysia.

“Manifeso ini lengkap meliputi rakyat, pegawai kerajaan, semua kaum dan jaminan kepada agama-agama lain,” katanya.

Tambahnya, manifesto tersebut dilengkapkan oleh Pas dan dikemukakan kepada Gagasan Sejahtera untuk penambahan.

“Kita dahului semua parti termasuk pemansuhan GST dan tol selain menegakkan syariat Islam melalui rang undang-undang dan akta bersesuaian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beli enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isu penerimaan dana luar melalui rakaman audio yang tular kononnya adalah Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Islam diajar kemukakan bukti dan bagi pihak Nik Abduh beliau telah menafikan fitnah tersebut.

“Benda ini datangnya dari musuh jadi kita tak mahu layan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Bandar Tun Razak kali ke-30 semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Bandar Tun Tun Razak, Md Shukor Aziz berkata, Pas kawasan telah menghantar nama calon wanita, Dr Rosni Adam bagi kerusi parlimen itu di PRU14 nanti.

“Calon berkelayakan bertanding jawatan tersebut berdasarkan statusnya merupakan orang tempatan yang juga menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Bandar Tun Razak dan pusat.

“Bagaimanapun, kita menunggu pengumuman rasmi daripada pusat mengenai calon yang bakal bertanding di sini,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");