Perak Hari Ini

MAPS, PKNP Sangkal Dakwaan Ngeh

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menafikan dakwaan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mendakwa MAPS bakal menjadi projek gajah putih berikutan syarikat The Sanderson Design Group (M) Sdn Bhd kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Timbalan Ketua Eksekutif PKNP, Rustam Apandi Jamaludin berkata kedudukan kontraktor turnkey yang berdepan tindakan mahkamah sama sekali tidak mengganggu pengoperasian Taman Tema Animasi Studio (MAPS).

“Apa sahaja yang berlaku terhadap syarikat berkenaan tidak akan memberi kesan kepada MAPS kerana mereka hanya bertanggungjawab dalam menyiapkan taman tema itu sebelum menyerahkannya kepada syarikat induk, Perak Corporation Berhad (PCB).

“Malah syarikat itu juga tidak mempunyai sebarang pegangan untuk terlibat dalam pengoperasian taman tema.

Rustam menambah, Daya Sejahtera Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai The Sanderson Design Group (M) Sdn Bhd dengan MAPS adalah dua entiti berbeza.

Justeru katanya, sekiranya syarikat berkenaan gulung tikar sekalipun ia tidak ada kena mengena dengan pengurusan taman tema tersebut..

“Sebanyak 51 peratus pegangan saham MAPS dimiliki Perak Corporation Berhad Development Sdn Bhd, 34 peratus dipunyai RSG MAPS Sdn Bhd dan selebihnya merupakan pegangan individu,” katanya ketika mengulas dakwaan DAP Perak berhubung kemungkinan MAPS akan mengalami impak selepas satu perintah penggulungan syarikat dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Daya Sejahtera Sdn Bhd.

Ngeh sebelum ini mendakwa Taman Tema MAPS akan menjadi sebuah projek agensi kerajaan negeri yang gagal disebabkan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan likuidasi ataupun penggulungan syarikat kepada The Sanderson Design Group (Malaysia) Sdn Bhd, selaku kontraktor utama dan pemegang saham terbesar.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Maps, Mohd. Farid Abdul Aziz turut menyangkal dakwaan Adun Canning, Wong Kah Woh turut mempersoalkan kelewatan pembukaan fasiliti Dream Zone di taman tema berkenaan yang juga didakwa akan mendatangkan kerugian besar kepada pemaju.

Menurut beliau, hampir 100% MAPS telah lengkap dan boleh beroperasi bila-bila masa akan tetapi, pihak taman tema perlu menandatangani perjanjian atau license kontraktor dengan ip holder terlebih dahulu.

“Macam bahagian Boboiboy dan Smurf telah dibuka sebab kita telah memperoleh kelulusan daripada mereka. Yang masih belum dibuka adalah daripada dreamzone iaitu Dreamwork yang kita tandatangani bersama dreamwork.

“Pada peringkat awal memang kita ada perjanjian dengan dreamwork namun semua tahu bahawa Universal Studio telah ambil alih atau bergabung dengan Dreamwork, jadi mereka mempunyai skop, keperluan dan frame work sendiri,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");