Perak Hari Ini

MAPS Rai 500 Kanak-Kanak

IPOH: Bersempena dengan musim cuti sekolah, pihak Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) hari ini meraikan 500 kanak-kanak daripada 12 buah pusat pendidikan dan jagaan seluruh daerah.

Kesemua mereka antaranya datang daripada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman Manjoi, Little Caliph Permata Iham, Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Vission Home, Sekolah Semangat Maju serta beberapa pesakit daripada wad pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz berkata, program tersebut diadakan bertujuan memberi peluang kepada mereka khususnya yang kurang bernasib baik untuk merasai sendiri berada di dalam taman tema ini.

Jelasnya, beliau berharap menerusi program tanggungjawab sosial korporat ini juga sekurang-kurangnya ia dapat mengukir senyuman kepada kanak-kanak yang hadir.

Dalam pada itu, Mohd Farid berkata, MAPS akan memberi peluang kepada pengunjung untuk datang ke taman tema ini pada sebelah malam sepanjang cuti sekolah ini.

Katanya, dengan harga tiket serendah RM35, para pengunjung akan disajikan dengan persembahan aksi ‘The Stunt Legends’, pertunjukan api dan sebagainya.

Pintu masuk akan dibuka bermula jam 5:00 petang.

Selain itu, beliau turut berkata, MAPS akan mengadakan sambutan ulang tahun karakter kartun BoBoiBoy yang julung kali diadakan pada 24 Mac ini.

 

“Pada ketika itu, kita juga akan ada konsert oleh artis tempatan. Jadi kita akan menggabungkan sambutanya dengan konsert berkenaan.

“Selain sambutan ulang tahun BoBoiBoy, kita juga akan memperkenalkan karakter-karakter dalam siri terbaru BoBoiBoy Galaxy kepada umum,” katanya kepada media ketika ditemui di MAPS Meru Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");