Sukan Hari Ini

Masih Ada Sinar Buat Harimau Malaya

WALAUPUN gagal menamatkan kemarau kemenangan selepas 11 perlawanan, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya selepas diikat seri 2-2 dengan Mongolia, semalam.

Cheng Hoe berkata, beliau melihat masih ada sinar harapan buat skuad bola sepak negara dengan aksi yang ditunjukkan dalam perlawanan itu, namun cuma nasib sahaja yang memisahkan pasukannya dengan kemenangan.

Katanya lagi, beliau optimis skuad Harimau Malaya akan segera menemui rentak kemenangan dalam perlawanan berikutnya.

“Pemain telah beraksi dengan baik dan kita boleh nampak sudah wujud keserasian sebagai satu pasukan walaupun baru beberapa hari menjalani latihan pusat.

“Beberapa percubaan yang baik juga berjaya diperoleh pemain dalam perlawanan ini, tapi malangnya, palang (gol) menjadi penghalang kepada kita untuk meraih kemenangan.

“Bercakap soal gol yang dibolosi, pada saya ianya akibat kesilapan individu dan kurang konsentrasi. Saya percaya kita masih boleh perbaiki prestasi kerana kita lihat pemain mempunyai lebih keyakinan hari ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Malaysia membuka jaringan pada minit ke-31 setelah kapten Mongolia, Turbaat Daginaa menanduk masuk bola ke gawang sendiri, sebelum Enkhbileg Purevdorj menyamakan kedudukan 11 minit kemudian untuk Mongolia, yang terdiri daripada pemain separuh profesional (semi-pro).

Muhammad Akhyar Rashid kemudian meletakkan skuad Harimau Malaya kembali di hadapan menerusi gerakan menarik pada minit ke-65, namun pasukan lawan berjaya mengikat kedudukan melalui jaringan Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv, enam minit kemudian.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan ialah ketika menewaskan Kemboja 3-2 sewaktu kempen Piala AFF, November 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");