Jenayah

Mat Gian ‘Tertelan’ Gigi Palsu Ketika Cuba Lari Daripada Polis

PENDANG: Dek mahu menyelamatkan diri daripada dicekup polis, seorang ‘mat gian veteran’ berusia 62 tahun tak sengaja tertelan gigi palsu.

Insiden berlaku di sebuah kebun kelapa sawit di Kilang Kechil, dekat Pendang, petang Isnin.

Ketika kejadian, mat gian terbabit dan beberapa lelaki lain sedang menagih di tempat dikenali sebagai ‘port mandu’, dan tanpa disedari mereka diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang.

Menurut laporan Astro AWANI, akibat terkejut, mat gian terbabit lari lintang pukang dan tersungkur ke dalam longkang.

Dia kemudian berjaya ditahan pihak berkuasa.

Lelaki itu yang mempunyai lima orang cucu mengakui sudah lebih 10 tahun menagih dadah, dan kini masih berada di bawah pengawasan AADK.

“Pak cik ke sini nak ambil ubat, kawan yang bawa motor tadi, terkejut diserbu polis tadi lari jatuh tak sedar tertelan gigi,

“Nak buat macam mana, sekali dah terkena, saya cakap dengan isteri nak pergi kerja, tapi saya mai (datang) sini nak beli dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim memaklumkan kebanyakan penagih yang ditahan adalah mereka yang berjaya meloloskan diri dalam operasi sebelum ini di kawasan port kebun getah di Kampung Paya Kerchut.

Menurut beliau daripada 11 orang yang ditahan, tiga daripada mereka memiliki dadah jenis heroin.

Hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka positif dadah jenis heroin.

Dalam operasi itu juga polis turut merampas lima tiub straw dan dua paket plastik kecil berisi heroin.

Jelasnya, tiga suspek yang memiliki dadah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Sementara lapan lain yang ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");