Jenayah

Mayat Hampir Reput Dalam Longkang

IPOH: Mayat seorang lelaki tanpa sebarang pengenalan diri dan sudah hampir reput, ditemui di dalam longkang di Jalan Bercham di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, orang awam menjumpai mayat itu sebelum menghubungi Balai Polis Bercham.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat berada di dalam longkang dengan air sedalam kira-kira satu meter.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti lagi kerana mayat hampir reput dan ada kesan luka mencurigakan, iaitu kesan cakar di bahagian badan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan di sekeliling tempat kejadian tidak menjumpai sebarang senjata atau objek yang boleh disabitkan dengan kematian mangsa,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Sambil memaklumkan tiada laporan mengenai orang hilang di kawasan Bercham ketika ini, beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Bedah siasat akan dijalankan pada Isnin ini. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");