Perak Hari Ini

MB Mahu Lihat Kebersihan, Kesedaran Sivik Terus Ditingkatkan

MANJUNG:Orang ramai disaran supaya terus menerapkan kesedaran sivik dalam menjaga kebersihan terutamanya di tandas awam dan rumah ibadat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui bahawa beliau ingin sekali melihat budaya menjaga kebersihan diterapkan oleh rakyat secara meluas.

“Kita perlu teruskan usaha menjaga kebersihan terutama di tandas awam dan tempat ibadat kerana banyak kali saya datang melawat masih juga tiada kesedaran serius untuk memastikan tempat ini sentiasa bersih sepanjang masa.

“Kesedaran diri untuk menjaga kebersihan itu tidak ada, media perlu memainkan peranan yang besar dalam menerapkan amalan ini.

“Jadi saya menyeru rakyat agar dapat menjaga kebersihan dan menggelakkan pembuangan sampah sarap dimerata-rata tempat. Kesedaran sivik itu perlu tinggi,” katanya kepada media selepas melancarkan Bas Rapid Manjung di sini hari ini.

Katanya, kesedaran sivik dan tanggungjawab menjaga kebersihan perlu datang dalam diri sendiri.

“Rakyat sendiri perlu gerakkan usaha, ada satu video saya lihat sekumpulan individu mengutip sampah sambil berlari membawa beg sampah ia merupakan satu kesedaran sivik yang sangat baik.

“Saya ingin sangat melihat satu contoh yang sama di negeri ini kerana sudah ada pencapaian dan kita mahu memperbaiki,” katanya.

Terdapat pihak yang memberi cadangan untuk melaksanakan denda dan kompaun namun Zambry masih berharap kesedaran sivik itu perlu terus dipupuk secara berterusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");