Perak Hari Ini

MB Zambry Dilantik Pengerusi Persatuan Veteran Komando VAT69

IPOH: “Komando VAT69 lahir di Perak, bergadai nyawa di bumi Perak, berlatih di Perak dan kebanyakkan juga anggota bersara di Perak,” demikian kata Yang DiPertua Persatuan Veteran Komando VAT69, Datuk Abd Rashid Harun ketika ditanya mengapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilantik sebgai pengerusi persatuan tersebut.

Jelasnya ia merupakan keputusan yang dibuat menerusi satu mesyuarat agung Persatuan Veteran Komando VAT69 yang diadakan pada 10 Mac lalu dan ianya diumumkan pada majlis Minum Petang Menteri Besar Bersama Veteran Komando VAT69 di Kediaman Menteri Besar Perak, dekat sini, petang tadi.

Abd Rashid juga berpandangan ia merupakan satu keputusan yang  tidak bersifat keterlaluan malah tepat dalam melantik Zambry menduduki jawatan tersebut.

Beliau yang ditemui media selepas selesai majlis tersebut turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan dana sebanyak RM154,000 kepada persatuan tersebut bagi membangunkan sebuah premis khas untuk mereka.

Sumbangan turut meliputi jumlah premium tanah RM54,000 yang dipulangkan semula kerajaan negeri kepada persatuan tersebut.

Pengumuman dibuat Zambry ketika berucap menyempurnakan majlis.

“Kami akan berbincang semula sama ada bayaran premium tanah itu akan diganti semua atau kita gunakan untuk kebajikan lain,” katanya.

Tambahnya lagi, premis persatuan yang terletak di Tanjung Rambutanm dengan berketinggian dua atau tiga tingkat bangunan itu akan dilengkapi dengan pejabat serta pusat aktiviti persatuan.

Premis itu juga bakal menyediakan sebuah pusat transit yang mana ianya akan memberi manfaat kepada lebih 500 ahli Persatuan Veteran Komando VAT69 seluruh negara yang mahu menginap di sini, secara percuma.

Abd Rashid turut berkata kerja-kerja pembinaan akan disegerakan secepat mungkin.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan persetujuan kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri serta Persatuan Veteran Komando VAT69 dalam melaksanakan satu inisiatif yang diberi nama ‘Patriotik’.

Ujarnya, ia merupakan satu usaha dalam menanam perasaan cinta akan negara menerusi pendedahan sejarah perjuangan Komando VAT69 dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air selama ini khususnya ketika menghadapi peristiwa darurat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");