Perak Hari Ini

MBI Harap PKNP Dapat Terus Bekerjasama, Jaga Persekitaran Meru Raya

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berharap agar Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dapat terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan tersebut dalam mengawal selia keadaan persekitaran Bandar Meru Raya dengan lebih baik.

Ketika ditanya pemberita berkenaan status pemilikan kawasan tersebut, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, ianya masih dibawah kawal selia PKNP.

“Sebenarnya di Meru boleh dikatakan ‘portion’ (kawasan di bawah bidang kuasa) itu lebih kepada penyeliaan PKNP termasuk ruang perniagaan yang telah diberikan kepada pihak Komando VAT69,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak MBI pernah berjumpa PKNP bagi permohonan untuk mengawal selia kawasan berkenaan namun, MBI terpaksa akur dengan keputusan PKNP yang terlebih dahulu mempunyai perancangan pelan pembangunan di kawsan berkenaan.

Difahamkan, pelan pembangunan tersebut juga akan dikemukakan kepada MBI.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai merasmikan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Bangunan MBI, di sini, pada Rabu.

Selain itu, Zamri juga berkata di Meru Raya antara kawasan yang tertakluk dibawah bidang kuasa MBI ialah sekitar pinggiran kawasan Bulatan Amanjaya dan beberapa tempat lain di situ.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");