Isu Panas

‘Melayu Jangan Lupa Daratan’

KUALA SELANGOR: Dasar kerajaan yang digubal sebelum ini berkemungkinan akan lenyap jika rakyat memilih parti yang salah untuk mentadbir kerajaan dalam PRU14 nanti.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan, orang Melayu diingatkan bahawa kunci kejayaan dan kekuatan bangsa itu adalah disebabkan dasar yang digubal kerajaan sejak merdeka lagi.

Menurutnya, orang Melayu perlu bersatu dan tidak lupa daratan malah perlu mengekalkan kunci (dasar) supaya tidak beralih tangan kepada pihak lain.

“Kunci kejayaan kita sebenarnya atas dasar kerajaan, kalau tukar (kerajaan) belum tentu lagi kunci ini ada pada tangan orang Melayu. Jangan ingat mereka sudah hebat hanya kerana sedikit kejayaan tapi sampai lupa daratan.

“Bila dah berjaya, mulalah ada yang sanggup jadi petualang dan si kitol. Jangan kita lupa, kalau berpecah, waktu itulah kita sedang dicatur pihak lain tanpa sedar,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Majlis Penyerahan Selendang dan Santapan Anak Gayong di Hotel De Palma Kuala Selangor,semalam.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menempelak sikap segelintir golongan yang lupa daratan dan tidak mengenang budi terhadap kerajaan.

“Jangan ingat kita ini sudah hebat kerana hebat-hebat orang Melayu pun masih belum terlawan dengan kemampuan kaum lain.

“Hebat-hebat orang Melayu nak buat dewan sekolah pun tak mampu, kaum lain mereka boleh berdikari tanpa sokongan kerajaan.

“Jadi jangan kita mudah lupa daratan, jangan ingat kita hebat dan berjaya itu kerana kita. Kunci kejayaan kita sebenarnya atas dasar kerajaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");