Berita Hari Ini

Menteri Puas Hati Keputusan SPM 2017

KUALA NERANG: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang meningkat apabila Gred Purata Nasional (GPN) bertambah 4.90 berbanding 5.05 pada 2016.

“Peningkatan ini dilihat dalam semua subjek dan peningkatan prestasi yang paling ketara sekali adalah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.

“Pada tahun ini, kalau dilihat keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan ialah 443,883 orang. Daripada jumlah itu, bilangan calon kementerian pendidikan ialah 90.2 peratus dan bakinya adalah calon selain dari sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan keputusan peperiksaan dan sumbangan kepada 12 pelajar anak yatim mencatat keputusan cemerlang, di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau berkesempatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad, di sini bagi menyampaikan sijil keputusan SPM kepada pelajar cemerlang dari sekolah itu.

Bagi subjek Sains, Mahdzir berkata, terdapat penurunan pencapaian dalam subjek Biologi.

“Malah, subjek Fizik, Matematik Tambahan dan Kimia masih mencatat peningkatan prestasi.

“Secara keseluruhan keputusan SPM 2017 adalah agak baik berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");