Sukan Hari Ini

Messi Terima Tepukan Ketika Kembali Ke Sesi Latihan Barcelona

KEPULANGAN Lionel Messi ke sesi latihan Barcelona menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea dialu-alukan dengan tepukan selepas kelahiran anaknya, Ciro.

Menurut laporan Stadium Astro, Messi terlepas rutin kemenangan 2-0 Barca ke atas Malaga, Sabtu lalu, dengan kelab itu pada awalnya menyatakan dia tidak hadir kerana “alasan peribadi”.

Dia mengumumkan kelahiran Ciro pada hari yang sama menerusi laman Instagram.

Ciro adalah cahaya mata ketiga Messi dengan isterinya, Antonella Roccuzzo, selepas kelahiran Thiago (2012) dan Mateo (2015).

Messi hari ini kembali menjalani latihan ketika Barcelona bersiap untuk menghadapi Chelsea dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara, dengan membawa pulang keputusan seri 1-1 ke Camp Nou, esok.

Dan rakan sepasukannya memberi tepuk kepada bintang Argentina itu pada permulaan sesi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");