Berita Hari Ini

Mohamad, KJ Dijangka Kekal

SEREMBAN – Parlimen Rembau dijangka akan mengekalkan lima penyandangnya sebagai calon pada PRU14 ini.

Mereka adalah, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin; Adun Chembong, Datuk Saifulbahri Idris; Adun Kota, Datuk Seri Awaludin Said; Adun Paroi, Ghazali Wahid dan Adun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau berkata, beliau telah menamakan kelima-lima calon sedia ada ini kepada pimpinan pusat, sebagai calon PRU14.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, bagi Parlimen Rembau, beliau  menetapkan kesemua penyandang dijangka bertanding semula, namun begitu keputusan akhir hanya akan diputuskan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Di Parlimen Rembau, saya telah menamakan kesemua penyandang kerusi sebelum ini sebagai calon PRU14, termasuk nama saya bagi Dun Rantau.

“Kelima-lima nama telah yang saya hantar kepada presiden parti untuk di nilai sebelum sebarang pengumuman dilakukan, itu hanyalah sekadar cadangan tetapi keputusan akhir terletak kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

“Bagi tempat lain saya tidak tahu kerana Ketua Umno Bahagian masing-masing yang memilih dan menyenaraikan semuanya, saya hanya jaga Parlimen Rembau sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukan Rakyat anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Kelab Tuanku di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi PDM Taman Kelab Tuanku, Shaharudin Taib.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan bahawa beliau akan terus mempertahankan kerusi Dun Rantau, bagi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Katanya, rakyat perlu buat pilihan yang tepat pada PRU nanti supaya rancangan jangka panjang 30 tahun sehingga tahun 2045, memakmurkan negeri dan mensejahterkana rakyat dapat direalisasikan dengan jayanya.

“ Kita perlukan kerajaan yang mantap untuk bangunkan negara dan negeri, diharap rakyat dapat memberi sokongan dan mandat yang besar kepada kerajaan BN, supaya dapat memudahkan kerajaaan menterjemahkan rancangan yang dibuat dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri sebelum  ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pencalonan penceramah bebas, Shamsul Debat di Dun Lenggeng, Mohamad memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

Namun beliau mengesahkan bahawa pada pilihan raya kali ini, pucuk pimpinan juga menjalankan pemantauan dan siasatan, terhadap individu-individu yang bukan memegang dalam parti sebagai calon PRU 14 nanti.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");