Berita Hari Ini

Najib Kutuk Serangan Senjata Kimia Di Salibury

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan agen saraf ke atas bekas pegawai perisikan tentera Rusia dan anak perempuannya di Salibury, London baru-baru ini.

“Berpengalaman dengan serangan sama di tanah air sendiri, kami mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam apa keadaan sekalipun,” kata perdana menteri dalam Twitternya, sebagaimana dilaporkan Malaysia Gazette.

Dalam insiden 4 Mac lalu, bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan Yulia ditemui terbaring di atas bangku di luar pusat beli-belah di Salisbury.

Kedua-dua mereka masih dalam keadaan kritikal.

Malah, anggota polis yang menjadi individu pertama melihat dua beranak itu juga masih dirawat di hospital.

Perdana Menteri Britain, Theresa May memaklumkan Sergei dan Yulis telah diserang dengan agen saraf Novichok yang didakwa dibangunkan di Rusia.

Pada 13 Februari tahun lalu, Malaysia gempar apabila abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam diserang ketika menunggu penerbangan ke Macau di klia2.

Beliau yang didatangi oleh dua wanita yang tiba-tiba bertindak menyerkup wajahnya.

Jong-nam kemudian disahkan meninggal dunia dan siasatan polis mendapati mangsa telah terkena agen saraf VX.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");