Jenayah

Nak Pinjam RM20,000 Rugi RM51,000

SUBANG JAYA: Wang yang ingin dipinjam tidak dapat, sebaliknya seorang lelaki ‘berputih mata’ apabila ditipu sindiket kononnya menawarkan pinjaman mudah di Facebook.

Mangsa dikenali sebagai Lim rugi RM51,000 selepas melakukan lima transaksi pembayaran kononnya sebagai cagaran yang dijanjikan dibayar balik bersama wang RM20,000 yang dipinjam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari, berkata, mangsa mengenali suspek iaitu seorang lelaki menerusi satu iklan di laman Facebook yang menawarkan pinjaman mudah.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudian berurusan dengan suspek menerusi Whatsapp bagi meminjam wang berjumlah RM20,000 dan mendapatkan penjelasan kaedah pinjaman serta bayaran.

“Selepas berbincang, mangsa kemudian bersetuju dengan tawaran suspek yang meminta untuk membuat bayaran cagaran serta wang proses berjumlah RM51,000.

“Mangsa dimaklumkan, wang cagaran dan wang proses itu bagi melihat kemampuan kewangan mangsa untuk membayar balik wang yang dipinjam,” katanya lapor Berita Harian.

Mohd Azlin berkata, suspek memaklumkan wang cagaran serta wang proses berjumlah RM51,000 akan dipulangkan bersama RM20,000 yang dipinjam.

“Bagaimanapun, selepas membuat beberapa transaksi membabitkan nilai RM51,000, salah seorang kenalan mangsa memaklumkan bahawa dirinya mungkin menjadi mangsa penipuan.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, petang semalam selepas gagal menghubungi suspek,” katanya.

Menurut Mohd Azlin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menawarkan pinjaman kewangan yang tidak wujud.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");