Membawang Hari Ini

Neelofa Kekal Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018

KUALA LUMPUR: Walaupun diselubungi kontroversi kebelakangan ini, namun Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW2018) yang diterima Januari lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa selebriti dan ahli perniagaan ini digugurkan sebagai ikon wanita negara.

“Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan beliau untuk memperkasa wanita,” katanya dalam kenyataan itu lapor Bernama.

Kenyataan itu juga menyatakan, perbincangan antara pihak kementerian dan Neelofa sudah dibuat sebelum beliau diumumkan sebagai Ikon TMW2018 dan kedua-dua pihak bersetuju memberikan yang terbaik bagi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan untuk terus memajukan wanita.

Selain Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, turut dilantik sebagai ikon TMW2018 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan mereka dalam bidang masing-masing.

Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita yang akan merangkumi empat program iaitu literasi pelaburan, Malaysia Women Made, Impact 4 Humanity dan Revolusi Industri 4.0.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");