Perak Hari Ini

Ngeh Tak Tahu Beza Kerajaan Negeri Dan Syarikat, Itu Sebab Hanya Mampu Tadbir 11 Bulan Je: Mohd Zahir

“DAP terbabit gagal membezakan isu melibatkan kerajaan negeri dan operasi sesebuah syarikat, itulah masalah terbesar mereka,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Mohamad Zahir menambah, dakwaan Koo Ham itu dibuat setelah pemimpin jelas menunjukkan DAP hanya mencari modal politik dengan mengaitkan sesuatu isu bagi meraih perhatian menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ngeh dilihat telah faham terhadap isu berkenaan dan seolah-olah menjadikan perkara berkenaan untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Ngeh ni sudah keliru banyak sangat, mereka tidak faham bila mereka sebut minta MB jawab isu MAPS ini.

“Mereka tidak faham isu melibatkan kerajaan negeri dan apa yang melibatkan syarikat serta apa yang melibatkan dasar kerajaan dan apa yang yang melibatkan operasi syarikat.

“Kita ada perbezaan dalam semua ini. Mereka tidak tahu membezakan sebab itu 11 bulan memerintah negeri, mereka gagal kerana perkara yang mudah seperti ini pun tidak mampu dibezakan,” katanya.

Jelas beliau lagi, tindakan tidak beretika pemimpin DAP ini telah menyebabkan mereka ini tidak boleh dipercayai.

Atas sebab itu beliau menasihati rakyat agar tidak memilih DAP menjadi kerajaan.

“Sekarang pihak MAPS dan PKNP dah beri penjelasan berkaitan dakwaan mereka. Apa lagi mereka nak fitnah kita tunggu sahajalah,” katanya lagi.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");