Jenayah

Niat Mahu Bunuh Diri Terbantut Sebab Takut Buaya

NETIZEN baru-baru ini dikejutkan dengan satu video yang mana seorang lelaki dipercayai telah membatalkan niat membunuh diri ekoran sungai tersebut yang disangkakan ada buaya.

Kejadian ini berlaku pada 4 Mac lalu di Berau, Kalimantan Timur, lapor Tribunnews.com

Video yang berdurasi 56 saat itu memperlihatkan seorang lelaki yang mengenakan kemeja-T putih dan jeans biru itu berdiri berhampiran sebuah jambatan.

Tidak pasti apa motif sebenar sehingga lelaki tersebut nekad terjun daripada jambatan itu.

Namun, ada pendapat mengatakan keputusan berani mati yang diambil lelaki tersebut adalah kerana kecewa akibat putus cinta.

Bagaimanapun, video yang tular itu telah menjadi bahan lucu dalam kalangan netizen.

“Bunuh diri tak takut, takkan dengan buaya pula takut,” perli seorang netizen, dipetik dari Tribunnews.com dan Astro Awani.

Lelaki itu dipercayai telah membatalkan niatnya untuk terjun daripada jambatan setelah percaya akan jeritan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut bahawa terdapat buaya ganas di dalam sungai itu.

Taktik warga kota tersebut dengan mengada-adakan cerita tentang buaya ganas di kawasan itu telah berjaya menakutkan lelaki berkenaan hingga membatalkan niatnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");