Berita Hari Ini

Niosh Cadang Pasukan Bomba Sukarela Diberi Elaun Khas

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan agar Pasukan Bomba Sukarela (PBS) diberikan elaun khas.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan pemberian elaun khas itu sejajar sumbangan PBS kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terutama membantu operasi pemadaman kebakaran peringkat awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat itu.

Katanya, pemberian elaun itu juga diharap dapat menarik penyertaan masyarakat untuk menyertai PBS.

“Saya ingin menegaskan bahawa kewujudan PBS ini amat penting kerana mereka menjadi antara unit barisan hadapan bagi membantu tugas JBPM.

“Justeru, kita berharap agar kerajaan mempertimbangkan bayaran khas setimpal khidmat diberikan atas sumbangan mereka,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Malam Apresiasi PBS di Pusat Pembelajaran Awam (CLC) JBPM Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kuala Lumpur Khirudin Drahman dan Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Katanya, elaun yang dicadangkan kepada anggota PBS adalah sebanyak RM6.50 sejam sama seperti elaun dibayar kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Jumlah ini dirasakan memadai dengan khidmat mereka dan rasanya sudah sampai masa untuk kerajaan menghargai khidmat anggota PBS.

“Malah, di Kuala Lumpur sendiri terdapat 157 anggota PBS yang mewakili sembilan pasukan yang diakui banyak membantu dalam pelbagai operasi serta khidmat kemasyarakat secara percuma,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");